Permai Hotel Forum
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sedikit resepi Ciplak Part 2

3 posters

Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty Sedikit resepi Ciplak Part 2

Post by Pokok Kelapa Mon Jul 14, 2008 5:37 pm

Udang Masak Nenas

Bahan-Bahan
1 kg udang
1/2 biji nenas -dipotong 3 segi
1 biji tomato -dihiris
1 biji lada merah
1 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan minyak
1 mangkuk kecil air asam keping
1 kuntum bunga kantan
sambal belacan
sedikit gula
sedikit daun saderi

Cara Cara
• Panaskan minyak,tumis sambal belacan dan masukkan air asam jawa.
• Biarkan mendidih,masukkan lada merah, bunga kantan, kicap pekat, gula dan tomato.
• Apabila mendidih, masukkan kepingan nenas dan udang.


Udang Masak Serai Wangi

Bahan-bahan
600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
4 batang serai
100 gm cili kering
100 gm bawang merah
100 gm cili merah
70 gm bawang putih
70 gm halia muda
3 sudu besar pati asam jawa
30 gm belacan bakar
100 gm pati santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
• Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
• Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
• Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
• Masukkan pati santan dan udang.
• Masak hingga naik bau.


SOLOK UDANG GALAH

Bahan-bahan
10 ekor udang galah sederhana besar
150 gm isi ikan tenggiri
1 cawan kelapa parut
2 camca besar rempah tomyam
1 batang serai – dihiris dikisar hingga lumat
1 helai daun limau purut
4 camca besar santan pekat
1 camca besar jus limau nipis
Sedikit daun salad, daun pisang, timun dan tomato untuk hiasan
Minyak Sawit Vesawit untuk menggoreng

Untuk Sos
9 biji lada merah }
½ cawan kismis hitam }Bahan A
1 camca besar bijan goreng }
4 ulas bawang putih }
¼ cawan sos ikan
½ cawan cuka
1 cawan gula halus
1 cawan air sejuk

Cara-cara
• Belah udang dibahagian belakang dan masukkan bahan-bahan yang dikisar. Goreng dalam minyak yang banyak.

Cara menyediakan Sos
• Kisar Bahan A hingga lumat, masukkan air, gula, cuka dan sos ikan dan didihkan hingga pekat. Sajikan bersama Solok Udang.



11. SAYUR

ACAR TIMUN

Bahan-bahan
5 batang timun
1 batang lobak merah
4 ulas bawang putih
2 jari halia
10 biji bawang merah
4 biji lada merah
4 biji lada hijau
1/2 cawan minyak makan

Tumbuk
10 tangkai lada kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 jari halia
1/2 sudu teh kunyit serbuk
5 biji buah keras

Perasa
100ml cuka
3 sudu makan gula
1 sudu makan madu lebah
garam secukup rasa

Cara-cara
• Potong bahan-bahan untuk membuat acar. Timun dibelah 4, buang hatinya dan hiris 5sm panjang.Bawang kecil dibelah 2 atau 4, bawang putih dibelah 6 dan diketepikan.
• Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing. Masukkan gula dan madu, dan biarkan ia sehingga berkilat.
• Masukkan garam dan cuka. Biarkan ia mendidih dan pekat. Matikan api. Gaul dengan bahan-bahan yang dipotong tadi dan perap selama 1 jam.


ASPARAGUS BERSAMA DAGING BERLADA HITAM

Bahan-bahan
300gm sayur Asparagus
400gm daging dihiris nipis
minyak untuk mengoreng
1 camca besar bijan yang digoreng
1 biji cili merah dihiris nipis untuk hiasan
Sedikit daun ketumbar, bawang dan lobak untuk hiasan

Bahan-bahan untuk di Perap (A):
2 camca besar kicap manis
1 camca besar air halia muda
2 camca besar sos tiram
1 camca besar tepung jagung
2 camca kecil gula halus
3 ulas bawang putih dicingcang halus
1 camca besar serbuk lada hitam

Cara-cara
• Didalam mangkuk gaulkan daging bersama-sama bahan (A) dan diperap selama satu jam.
• Susunkan Asparagus didalam pinggan lalu dikukus selama 5 minit.
• Sementara itu panaskan minyak didalam kuali, gorengkan daging tadi sambil disusun selapis-selapis.
• Goreng seminit sahaja kedua bahagian daging tadi sambil dibalik-balikan.
• Susun Asparagus didalam pinggan dan hiaskan daging dibahagian atas bersama-sama cili, daun ketumbar, bawang dan lobak. Tabur bijan diatas.


Asparagus Goreng Bercili

Bahan-bahan
10 batang asparagus
4 ekor udang hidup
1/2 sudu teh bawang putih
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos cili goreng utara
10 gram bawang besar dipotong bulat
garam dan perasa secukup rasa

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumis bawang putih.
• Masukkan cili boh dan sos nasi goreng dan air stok rebusan ayam.
• Masukkan udang, asparagus, bawang besar yang telah dipotong dan dimasak selama lebih kurang 5 minit.
• Setelah masak hidangkan dengan manaburkan bawang goreng, daun sup, daun bawang dan cili yang dihiris.


BEBOLA TAHU

Bahan-bahan
1 keping tahu - dilecek dengan garpu
1 batang lobak - dikupas kulit dan dicincang halus
1 butir telur (gunakan separuh untuk digaul pada bahan campuran dan separuh lagi dicelup untuk diselaput pada tepung)
minyak untuk menggoreng

Tumbuk
2 tangkai daun ketumbar
1 tangkai daun bawang
1 batang lada merah

Perasa
1/4 sudu makan serbuk lada
garam secukup rasa

Cara-cara
• Gaul kesemua bahan-bahan sehingga sebati. Bulat-bulatkan ia seperti bola kecil.
• Celup bebola ini ke dalam telur, kemudian selaputkan pula dengan tepung. Goreng sehingga kuning keemasan.


DALCA ISTIMEWA ALA MAGHRIBI

Bahan-bahan
4 camca besar Minyak Sawit Vesawit
Sedikit rempah penumis (pelaga, cengkih, kulit kayu manis dan bunga lawang)
4 helai daun kari }
2 biji bawang besar }
2 cm halia } dikisar halus
4 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah }
2 camca besar serbuk ketumbar }
3 camca besar serbuk cili }
1 camca besar jintan halus } disatukan
1 camca besar jintan kasar }
1 camca besar serbuk kunyit }
1 camca kecil serbuk cengkih }
1½ kg daging dan tulang kambing - dipotong sederhana lebar.
2 cawan kacang kuda (direbus sampai lembut dan ½ bahagian dimesin lumat)
1 tin buah tomato diramas halus
1 batang zuchinni dipotong lebar-lebar
2 biji terung bulat
1 batang carrot
3 biji ubi kentang
10 batang kacang panjang
10 biji kacang bendi
1 biji lada capsicum hijau
1 biji lada capsicum merah
4 biji cili hijau
3 keping asam gelugor
Sedikit daun ketumbar untuk hiasan dan bawang goreng.

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar. Bila kuning, masukkan bahan-bahan rempah.
• Tumis pada api yang sederhana sampai wangi sebelum dimasukkan daging kambing.
• Kecutkan selama 10 minit. Masukkan tomato, air secukupnya dan masak selama ½ jam hingga daging empuk.
• Setelah itu masukkan sayir-sayuran (keras dahulu, sampai empuk, baru dimasukkan sayuran yang lembut) Masukkan asam keping, kacang kuda, garam dan gula.
• Apabila semua bahan-bahan sudah masak, sajikan bersama-sama daun ketumbar dan bawang goreng.


Kacang Panjang Goreng Bertelur

Bahan-bahan
1 ikat kacang panjang (dipotong kecil/1 cm)
1 biji telur ayam
5 ulas bawang merah (dihiris)
1 ulas bawang putih (dihiris)
garam secukup rasa
minyak untuk menumis

Cara-cara membuat
• Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau
• Kemudian, masukkan kacang panjang dan gaul sebentar
• Masukkan telur dan gaul rata
• Akhir sekali barulah dimasukkan garam secukup rasa


Kofta Sayur

Bahan-Bahan
300 g kentang dilecek
30 g kubis dihiris
1 biji bawang dihiris
1 biji cili dihiris
2 batang kacang buncis dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong kecil
1 sudu besar serbuk jintan putih
3 sudu besar minyak
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
50 g tepung gandum
1 sudu kecil halia kisar
minyak secukupnya

Cara Cara
• Tumiskan jintan halus hingga baunya naik. Campurkan bawang besar dan cili hiris.
• Masukkan lobak merah, kacang buncis, sayur kubis dan halia kisar. Gaulkan.
• Kemudian, masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan serbuk jintan kasar.
• Masukkan kentang yang telah dilecek. Masukkan garam. Gaul hingga sebati sebelum dialihkan.
• Kemudian, panaskan minyak. Kepalkan bahan dan celupkan dalam tepung gandum.
• Goreng hingga masak.


Kerabu Perut Jantung Pisang

Bahan-bahan
300 g perut lembu
1 biji jantung pisang dibelah dua
40 g udang kering
4 biji cili merah
5-6 biji cili padi
200 ml pati santan
Perahan 2 biji limau nipis
4 biji bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
• Rebus perut hingga empuk dan hiris kecil. Ketepikan.
• Celur jantung pisang, sejat dan hiris halus.
• Rendam udang kering 10 minit, kemudian kisar bersama cili merah dan cili padi.
• Satukan semua bahan, gaul rata dan hidangkan.
Pokok Kelapa
Pokok Kelapa
Pembantu Tadbir

Number of posts : 90
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty Re: Sedikit resepi Ciplak Part 2

Post by Pokok Kelapa Mon Jul 14, 2008 5:37 pm

KERABU MANGGA SOTONG

Bahan-bahan
1 cawan sotong mesin
½ cawan mangga masam – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar daun bawang – dihiris halus
1½ sudu kecil udang kering
¼ cawan gajus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
1 biji cili merah – untuk hiasan.
Sedikit daun ketumbar – untuk hiasan

Cara-cara
• Campurkan semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.


Kerabu Tauge

Bahan-bahan
200 g tauge dicelur
20 ml perahan limau nipis
50 g bunga kantan dihiris
30 g daun ketumbar dihiris
100 g bawang besar dihiris
50 g cili merah dihiris
50 g isi kerang yang direbus
30 g udang kering disangrai
50 g kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuatnya
• Satukan semua bahan dan gaul sebati. Hidangkan segera.


LEMAK LODEH

Bahan-bahan
90ml minyak makan
1 1/4 litre santan (daripada 1 1/2 biji kelapa parut)
4 keping daun salam
1 biji lobak merah dipotong, 2.5sm / 1 inci panjang
10 batang kacang panjang, dipotong 2.5sm / 1 inci panjang
2 biji kentang, dipotong dadu
1/2 biji kobis
2 biji terung
3 biji lada merah, dipotong dua
3 biji lada hijau, dipotong dua
2 keping tahu, dipotong 6
2 keping tempe, dipotong 6
garam secukup rasa

Tumbuk
15 batang lada kering
1 sudu makan serbuk ketumbar
8 biji buah keras
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 batang serai
55gm udang kering direndam
1 sm lengkuas
1 sm kunyit hidup

Cara-cara
• Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.
• Masukkan santan dan daun salam. Setelah mendidih masukkan lobak merah masakselama 10 minit barulah masukkan sayur yang lain.
• Setelah mendidih, masukkan tahu, rempe dan garam.


PACERI NENAS

Bahan-bahan
1 biji nenas
125 ml minyak makan
125 ml santan pekat
6 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan kerisik
3 sudu makan gula
garam secukup rasa
air secukupnya

Bahan untuk menumis
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih dihiris
6 cm halia
6 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
BAHAN HIASAN
3 biji cili hijau dipotong dua
3 biji cili merah dipotong dua
2 biji bawang besar dipotong empat

Cara-cara
• Nenas dibuang kulitnya dan potong nipis setengah inci. Celur sedikit bersama dengan air dan garam, asingkan.
• Panaskan minyak, tumis bahan penumis dan bahan hirisan sampai wangi.
• Masukkan rempah yang telah dicampur air untuk dijadikan pes. Goreng sampai masak.
• Masukkan sedikit air dan didihkan. Masukkan kepingan nenas, selepas itu gula, santan dan kerisik.
• Masak untuk beberapa minit dengan api yang perlahan.
• Masukkan bahan hiasan kacau dan padamkan api.


Pajeri Nenas (2)

Bahan-bahan:
Rempah tumis (Kulit kayu manis,bunga lawang, pelaga)
Sedikit serbuk kunyit
4 biji bawang merah ]
2 biji bawang putih ] Dihiris memanjang
Biji sawi
gula sikit
garam secukup rasa
Lada merah/&hijau dibelah memanjang (jgn sampai putus)
Nenas dipotong bulat dan 4, rebuskan dan ditoskan air

Cara memasak:
• Tumiskan rempah tumis tadi masukkan bawang merah dan putih, bila naik bau masukle serbuk kunyit.
• Kemudian masuk nenas yg dah siap tos tu, gula sikit dan garam secukup rasa.
• lepas tu masukla pulak lada dan biji sawi (masa masuk lada nie tk usahle sampai lunyai pulak-golek-golekkan ajele kat dlm kuali tu sikit-sikit).


Salad Jantung Pisang

Bahan-Bahan
5 ulas bawang kecil - dihiris
3 batang lada merah - dikisar
1 sudu teh serbuk belacan - dikisar bersama lada
300 gram udang segar
1 kotak santan pekat
100 gram belimbing - dihiris
1 biji jantung pisang - diambil bunganya sahaja.
secukup rasa garam
secukup rasa gula

Cara Cara
• Panaskan kuali kemudian masukkan lada yang telah dikisar bersama belacan.
• Setelah dikacau rata, masukkan hirisan bawang kecil, hirisan belimbing dan seterusnya masukkan bunga pisang yang diambil dari jantungnya yang telah di rebus terlebih dahulu bersama sedikit garam.
• Akhir sekali masukkan santan, lalu digaul sehingga rata setelah masak padamkan api dan hidangkan ia dengan udang yang telah direbus.


SAMBAL GORENG

Bahan-bahan
2 keping tahu (dipotong kecil empat persegi)
4 keping tempeh (dipotong kecil empat persegi)
1/2 kg tetel daging (rebus hingga empuk dan dipotong kecil)
10 batang kacang panjang
asam dan belacan sebesar ibu jari
4 sudu makan gula atau secukupnya
garam dan perasa

Dihiris halus and goreng hingga layu.
3 biji bawang besar dihiris halus
6 biji bawang putih dihiris halus
10 biji lada merah & lada hijau dihiris halus

Tumbuk
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
lengkuas sebesar ibu jari
halia sebesar ibu jari
2 batang serai
6-8 sudu makan cili kisar

Cara-cara
• Goreng tahu, tempeh, kacang panjang dan tetel berasingan.
• Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan gula, garam dan perasa. Gaul asam dan belancan dengan semangkuk air. Tapis dan masukkan kedalam tumisan tadi.
• Setelah mendidih, rasa dan tambah apa yang kurang.
• Selepas itu, masukkan bahan yang digoreng serta lada dan bawang yang digoreng. Kacau hingga rata.
• Anda boleh tambahkan air panas jika and tidak mahu sambal goreng tadi terlalu kering.


SAMBAL TERUNG

Bahan-bahan
2 biji terung panjang (dipotong tiga dan dibelah dua)
1 biji bawang besar (untuk hiasan)
1 tangkai cili merah (untuk hiasan)

Tumbuk
10 tangkai cili kering
3 ulas bawang kecil
1 ulas bawang putih (dimayang halus)
segenggam udang kering

Perasa
garam secukup rasa
2 sudu makan minyak makan
2 sudu makan kicap pekat manis

Cara-cara
• Panaskan minyak dan goreng bawang putih sehingga garing.
• Masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama udang kering,kacau sehingganaik minyak.
• Masukkan terung bersama secawan air dan tutup sehingga terung empuk.
• Kacau lagi supaya semuanya sebati dan masukkan kicap pekat manis bersama garam.
• Akhir sekali masukkan bawang besar bersama cili merah dan boleh dihidangkan.


Sayur Cendawan Campuran

Bahan-Bahan
6 butir kulat kembang (direbus terlebih dahulu dan dipotong)
8-10 butir kulat butang
8-10 butir kulat hitam
1 mangkuk kecil sayur campur
6-8 batang kacang ceper
1 bungkus tahu telur (digoreng terlebih dahulu)
1 camt. isi ikan tenggiri
1 biji telur ayam
2 sdm sos tiram
2 g garam
3 ulas bawang putih
2 camca tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sedikit air

Cara Cara
• Tumiskan bawang putih.
• Masukkan isi ikan tenggiri, kulat kembang, butang dan hitam.
• Kemudian masukkan sayur campur, kacang, tauhu telur dan garam.
• Masukkan sos tiram dan tepung jagung.
• Masukkan telur dan kacau lagi hingga hancur.
• Setelah masak dan hidangkan.


Tahu Goreng

Bahan-bahan
10 keping tauhu
Timun 2 batang dihiris nipis
200gm taugeh dicelur
minyak untuk digoreng

Tumbuk
600gm kacang tanah digoreng tanpa minyak dan dikisar
15 biji cili padi
15 ulas bawang putih

Perasa
4 - 6 camca besar gula melaka
5 camca besar kicap pekat
3 camca besar cuka ataupun asam Jawa secukup rasa asamnya
air panas secukupnya

Cara-cara
• Didalam alat pengisar makanan, kisar bawang putih, cili padi sehingga lumat bersama kacang.
• Salinkan kedalam mangkuk dan digaulkan gula melaka, kicap manis ataupun cuka secukup rasa.
• Tambahkan air. Kuahnya mesti cukup manis, pedas dan masam.
• Sementara itu goreng tauhu di dalam minyak selama 3 - 4 minit sampai kuning. Keluarkan dan potong empat segi.
• Susunkan di atas pinggan dan taburkan taugeh serta timun di atas. Tuangkan kuah kacang dan sajikan.


Tahu Telur

Bahan-Bahan
2 keping Tahu
1 biji Telur
400g Campuran sayur
2 sudu kecil Minyak
Secukup rasa Garam
1 sudu kecil Kicap cair
Secukup rasa Gula
Secukupnya Air

Cara Cara
• Ratakan minyak dalam mangkuk ketuhar yang bertutup. Panaskan bawang putih
• Hancurkan tahu dan masukkan campuran sayur, gula dan kicap cair. Goreng dan masukkan telur yang telah didadarkan. Goreng hingga sebati.


TOFU ASAM MANIS

Bahan-bahan
500 g tofu lembut (cuci dan toskan)
5 biji lada padi (hiris halus)
1 batang lobak merah (potong halus)
4 pokok daun bawang (potong 3 cm panjang)
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu makan tauceo (cuci dan tumbuk)
3 sudu makan air
3 ulas bawang putih (kisar)
2 sm halia (kisar)
gula secukup rasa

Cara-cara
• Masukkan tofu dalam mangkuk.
• Taburkan lobak merah, daun bawang dan cili.
• Panaskan minyak dengan api yang sederhana, tumis halia dan bawang putih hingga wangi.
• Masukkan bahan sauce dan kacau.
• Tuangkan bahan yang ditumis tadi di atas tofu dan kukus selama 15 minit.
• Untuk menghidangnya, sedap digunakan acar buah-buahan.
Pokok Kelapa
Pokok Kelapa
Pembantu Tadbir

Number of posts : 90
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty Re: Sedikit resepi Ciplak Part 2

Post by Pokok Kelapa Mon Jul 14, 2008 5:37 pm

12. SAMBAL & TELUR


Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan
6 biji bawang merah dikisar
Segenggam ikan bilis yang ditumbuk kasar
2 cm belacan
2 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar
2 sudu sederhana asam jawa yang dibancuh dengan setengah cawan air
Garam dan gula secukup rasa

Cara membuatnya
• Tumis bawang merah hingga wangi.
• Masukkan belacan dan ikan bilis. Goreng hingga kekuningan.
• Masukkan cili merah. Tumis hingga pecah minyak.
• Masukkan bawang besar.
• Masukkan air asam jawa.
• Tumis hingga pekat.
• Perasakan dengan garam dan gula.


Sambal Jambi

Bahan-bahan:
1kg Ikan bilis, ditumbuk halus
600g Bawang merah
300g Cili kering, dikisar
250g Gula halus
1 cawan Asam jawa
Garam secukup rasa
4 cawan Minyak masak

Cara membuatnya:
• Goreng bawang sehingga kering dan asingkan
• Goreng cili kering yg telah dikisar sehingga pecah minyak
• Masukkan air asam jawa, gula dan garam, kacau sehingga cili kering menjadi garing
• Masukkan ikan bilis yg telah ditumbuk halus dan kacau sehingga kering (45minit) dengan api perlahan
• Masukkan bawang yg telah digoreng dan kacau sampai rata


SAMBAL JANGANAN

Bahan-bahan
2 keping tahu
4 keping tempeh
taugeh dan kangkong
50 sen kacang tanah
6 batang lada kering
belacan sebesar ibu jari
asam tanpa biji sebesar ibu jari
garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan kicap manis

Cara-cara
• Goreng kacang tanah, lada kering, belacan dan asam berasingan.
• Setelah sejuk, kisar bahan-bahan tadi dengan sedikit air.
• Tuang dalam mangkuk dan masukkan garam, gula dan kicap manis, gaul rata.
• Rasa dan tambah apa yang kurang.




CENDAWAN CHEESE OMELETTE

Bahan-bahan
4 biji telur
cheddar shredded Cheese
button mushroom
black pepper powder
1 susu makan susu cair

Cara-cara
• Potong button mushroom - sederhana tebal.
• Pecahkan telur, campur sedikit susu cair atau susu segar.
• Kacau rata (macam telur dadar).
• Panaskan kuali (letak minyak sedikit sahaja tapi rata satu kuali).
• Dah panas, goreng mushroom then masukkan telur. Jangan api besar.Jangan terbalikan telur. Apabila agak garing bahagian bawah, dan bahagianatas dah kering, taburkan shredded cheese atas telur, lipat dua.
• Taburkan black pepper atasnya - kalau tak suka tak payah letak.


Telur Bungkus

Bahan-bahan
5 biji telur
1/2 camca teh lada sulah
2 tangkai daun ketumbar dihiris halus
2 camca besar minyak

Bahan-bahan Inti
150 g daging cincang
2 cm halia dihiris
Garam secukup rasa
3 ulas bawang putih dihiris
Sedikit serbuk lada putih
3 biji bawang besar dicincang
1 camca teh serbuk kunyit
2 biji cili hijau dibuang biji dan dihiris
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara membuatnya
• Daging diperap bersama halia, garam dan bawang putih dan serbuk lada putih selama 15 minit.
• Tumiskan bawang besar hingga kekuningan. Masukkan serbuk kunyit, cili hijau dan daging yang sudah diperap. Goreng daging hingga kecut.
• Masukkan tomato dan sedikit air dan masak hingga air kering. Ketepikan.
• Pukul telur bersama serbuk lada putih dan daun ketumbar.
• Panaskan kuali dan dadarkan telur. Masukkan inti daging dan lipat dua. Biarkan telur masak kekuningan.


TELUR DADAR IKAN BILIS

Bahan-bahan
2 biji telur ayam
50 gm ikan bilis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
secubit kunyit
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
sedikit daun sup dan daun bawang

Cara-cara
• Pukul telur bersama ikan bilis, sos tiram, sos tomato dan sos cili.
• Masukkan kunyit dan garam. Pukul sehingga kembang.
• Panaskan minyak. Goreng telur tersebut dan hidangkan daun sup dan daun bawang.


13. KUIH MUIH


AGAR2 CENDOL

Bahan2nya:

1 peket agar2 20gm
2 cawan cendol
3 senduk gula pasir
4 sb gula merah
1 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 cawan susu cair
3 cawan air
sehelai daun pandan


Cara Membuatnya:

• Agar2 dimasak dengan 3 cawan air hingga hancur.
• Masukkan gula putih biar hancur masukkan pula gula merah yang dibancuh dulu dengan sedikit air panas pastu tapis masuk dalam agar2.
• Masukkan daun pandan, gunakan api yang kecil bila agar2 dah mendidih, masukkan pula santan dan susu cair, didih sekejap tutupkan api.
• Masukkan cendol, kacau rata dan tuang dalam acuan, kalau masuk cendol semasa agar2 tengah mendidih nanti warna cendol jadi tak cantik.



Agar-agar pudding susu buah-buahan

Bahan-bahan
1 packet serbuk agar-agar
1 tin buah-buahan cocktail
1 biji telur
1 cawan gula pasir
1/2 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
4 cawan air

Cara-cara
• Masak agar-agar bersama air dan gula sehingga mendidih.
• Masukkan bancuhan tepung kastard, telur dan susu.
• Akhir sekali masukkan buah-buahan, setelah mendidih terus angkat dan cetak.


Apam Eno

Bahan-bahan
2 cawan nasi
1 camt ragi (tapai nasi peram selama 2 malam)
1 pkt tepung beras
3/4 cawan gula
3 cawan air
2 pkt eno (dalam peket-warna biru)
sedikit pewarna

Cara-cara
• Blend tapai nasi, gula dan secawan air.
• Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
• Gaul rata adunan tapai ke dalam tepung.
• Masukkan 2 cawan air. Gaul rata dan blend. Perap selama 4 jam.
• Didihkan air. Setelah air mendidih acuan dikukus selama 5 minit.
• Sementara menanti acuan panas. Tuangkan eno ke dalam adunan tepung dan kacau sebati.
• Adunan dibahagi mengikut suka untuk mewarnakannya.
• Kukus selama 10 minit untuk acuan kecil.


Bingka Keladi

Bahan-bahan
3 ketul keladi direbus dan dilecek
2 senduk tepung gandum
1 mangkuk pati santan
1 mangkuk kelapa parut
1 mangkuk gula pasir (ikut rasa)
secubit garam


Cara-cara
• Kelapa parut, keladi dan tepung gandum digaul rata-rata.
• Kemudian masukkan gula dan garam barulah tuangkan santannya.
• Kacau lagi rata-rata (adunan ini hendaklah pekat).
• Tuangkan kedalam acuan dan bakar hingga masak.



Bread and Butter Pudding

Bahan-Bahan
750g Susu segar
750g Susu segar
200g Gula
9 biji Telur
4 keping Roti atau Croissant

Cara Cara
• Campurkan kesemua bahan-bahan itu dan biarkan ia mendidih
• Sapukan minyak atau mentega di permukaan acuan
• Susunkan kepingan roti di dalam acuan dan tuangkan adunan untuk mendidih
• Bakar selama 45 minit, 250 darjah centigrade


Bebola Jagung Berkrim

Bahan-Bahan
1 tin jagung krim (asingkan jagung dan krimnya)
2 cawan tepung pulut
1 cawan gula
air secukupnya
2 helai daun pandan
pewarna (jika suka)

Cara Cara
• Uli tepung pulut dengan air secukupnya menjadi doh yang boleh dibentuk bulat.
• Ambil sedikit doh, letakkan sedikit jagung di tengah dan dikepal bulat. (seperti membuat ondeh-ondeh. Kalau doh melekit, gunakan sedikit tepung lagi. Doh juga boleh diwarna mengikut warna kegemaran untuk membuat hidangan lebih menarik)
• Setelah itu, masukkan bebola yang sudah siap ke dalam air yang mendidih. Apabila ia timbul ke atas, barulah diangkat.
• Di dalam periuk berasingan, didihkan 3 cawan air lalu masukkan secawan gula dan daun pandan. Masukkan krim jagung dan gaul dengan rata.
• Siramkan air gula ke atas bebola jagung. Hidangkan.



BUBUR CACA

Utk isinya :

Tepung gandum
Air + sedikit kapur (utk mengentalkan adunan)

Cara-caranya

Masukkan tepung, campurkan air dan air yg mengandungi kapur. Gaulkan sehingga sebati. Adunan jangan keras. Macam buat cucur aje. Dan jgn lembek sangat nanti melekat2 . Sediakan bekas yg b'lubang macam utk buat cendul/sudukan aje sikit2 ke dalam adunan kuah di atas dapur.

Utk kuah :

3 cawan santan
gula melaka/gula kabung/nisan kerek
gula pasir (ikut kemanisannya)
secubit garam
daun pandan

Cara buat kuah :

• Masukkan santan, gula melaka, gula dan secubit garam dan daun pandan. Masakan hingga mendidih.
• Sentiasa dikacau agar tidak naik kepala. Sambil tu (jgn tutupkan api tapi biarkan api perlahan), masukkan adunan tepung yg dibancuh tadi dlm acuan cendul, titiskan ke dalam kuah yg tengah mendidih di atas dapur.
• Ikut suka sama ada nak titiskan besar2 atau kecil2. Sentiasa dikacau agar adunan tepung tidak melekat2. Masakkan sehingga isinya kelihatan masak dan kental. Tutup api dan sedia utk dihidangkan semasa b'buka puasa nanti.



Bubur Citrawarna


Bahan-bahan
1 mangkuk santan pekat
1/2 pekat tepong cha-cha
1/2 biji pisang tanduk dipotong kiub
1 biji keledek dipotong kiub
1 biji keladi dipotong kiub
gula pasir/melaka secukup rasa
daun pandan
sedikit garam

Cara-cara
• Rebus tepong cha-cha, keledek dan keladi hingga empuk.
• Jerang santan, masukkan gula dan sedikit garam dan daun pandan.
• Bila mendidih masukkan tepong chan-cha, keledek dan keladi.
• Akhir sekali pisang tanduk, masak sehingga mendidih.
Pokok Kelapa
Pokok Kelapa
Pembantu Tadbir

Number of posts : 90
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty Re: Sedikit resepi Ciplak Part 2

Post by Pokok Kelapa Mon Jul 14, 2008 5:38 pm

Caramel

Bahan-bahan
8 biji telur
1 tin susu cair
1 tin air
1 1/2 tin gula melaka dimasak pekat
essence vanilla
1 tin mixed fruit

Cara membuatnya
• Pukul telur dan masukkan dalam mangkuk.
• Tuang susu and kacau.
• Tuang gula perlahan2 supaya tak bercampur dengan telur.
• Kukus ½ masak dan masukkan mixed fruit.
• Kukus semula hingga masak.



Cocktail Jelly

Bahan - bahan
1 gelas agar-agar (basahkan utk disukat dlm gelas)
5 gelas air (saiz gelas yang sama)
I tin cocktail (asingkan isi dan air)
1 gelas air cocktail
3 sudu mangga juice (sebagai penyedap rasa dan penambah warna)
1 senduk gula (ikut citarasa masing-masing)


Cara-caranya

• Masukkan agar-agar + air + gula ke dalam periuk kemudian masakkan sampai semua sebati dan agar-agar benar-benar hancur kemudian masukkan air cocktail + mangga juice kacau hingga mendidih susun buah cocktail dalam acuan kemudian tuangkan agar-agar tadi kedalam acuan yang sudah sedia dengan buah cocktail biarkan sejuk kemudian masukkan ke dalam peti ais


Honey & Nut Burek

Bahan-Bahan
Bahan Burek
(A) Inti
(B) 200g adunan roti
30g kacang pistachio (ditumbuk kasar)

(A) Bahan Inti
50g keju mozzarella
5 sudu besar madu
1 biji kuning telur
½ sudu kecil marjerin

(B) Bahan Roti
750 g tepung gandum
¼ - ½ sudu kecil sodium bikarbonat
½ sudu kecil vegetable shortening
½ sudu besar garam
½ sudu kecil ibu roti
1.2 l Air suam (65 – 70 darjah selsius)

Cara Cara membuat inti
• Gaul sehingga rata keju, kuning telur, marjerin dan madu.

Cara membuat Adunan Roti
• Adunkan semua bahan menjadi doh. Pastikan doh tidak lekit dengan menambahkan tepung jika perlu. Doh harus lembut.
• Perapkan selama 45 minit – 1 jam.

Cara membuat Burek
• Canai adunan roti agak tipis.
• Letakkan inti di atasnya dan kelim bahagian.
• Taburkan kacang pistachio.
• Bakar selama 8 minit pada suhu 300 darjah di dalam ketuhar.


Jemput-jemput jagung

Bahan-Bahan
500 gram Udang segar
2 batang Jagung muda
50 gram Daun kucai
5 batang Lada merah
3 biji Bawang besar
2 biji Telur
300 gram Tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara Cara
• Udang dibuang kulit, dibersihkan dan dilomor dengan sedikit garam.
• Jagung diambil bijinya saja.
• Lada merah dibelah empat, buang bijinya kemudian dihiris tipis.
• Daun kucai dihiris.
• Bawang merah besar dipotong dadu.
• Campurkan kesemua bahan-bahan tadi.
• Kocok telur, gaul dengan kesemua bahan, akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit beserta air yang telah dicampurkan dengan garam secukup rasa, sehingga menjadi kental dan tidak begitu lembik.
• Simpan di dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum digoreng.


Kole-kole Kacang

Bahan-bahan
500 gm tepung kacang hijau
30 gm gula melaka (dimasak dengan 1 cawan air ditapis dan disejukkan)
450 gm gula pasir
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan tahi minyak
1 kampit santan (fresh coconut) dijadikan 1800 ml untuk dijadikan santan cair
3 sudu makan color brown (perwarna sarsapella liquid)
garam secukup rasa
1 biji telur

Cara-cara
• Campur semua bahan kecuali tahi minyak.
• Jadikan satu adunan ini didalam kuali kacau rata hingga sebati dan pekat.
• Masak diapi yang sederhana, senantiasa dikacau supaya tidak bergentel,terus kacau hingga adunan menjadi kilat dan berminyak. Adunan ini dikacau selama 30 hingga 40 minyak hingga adunan tanak.
• Bila sudah kelihatan berminyak masukkan didalam loyang ratakan dan taburkan tahi minyak.
• Sejukkan dan boleh dipotong mengikut cita rasa.


Kuih Abok-abok

Bahan-bahan
1 biji kelapa parut putih
1/2 kg sagu biji
2 kepi gula melaka (dihiris halus)
sedikit garam
3 helai daun pandan (potong 3sm kecil)
20 keping daun pisang selebar 12-15sm
20 batang lidi (6sm)

Cara-cara
• Tuangkan sagu biji kedalam tapisan dan bilas dengan air (jangan terlalu lama, nanti ia akan kembang).
• Gaulkan sedikit garam kedalam kelapa parut.
• Setelah sebati, masukkan sagu dan gaul hingga rata.
• Ambil sekeping daun pisang dan bentukkan ia seperti calung.
• Masukkan 3 sudu makan adunan tadi. Taburkan gula melaka dan masukkan lagi 1 sudu makan adunan. Masukkan sehelai daun pandan, lipat dan semat dengan lidi.
• Setelah semuanya habis dibungkus, kukus selama 20 min.



Kuih Bakar Hijau


Bahan-bahan
1 mangkuk tepung gandum
1 mangkuk gula
1 mangkuk telur
1 ½ cawan santan
7 helai daun pandan
sedikit bijan
sedikit minyak sapi

Cara-cara
• Pukul telur dengan gula sehingga kembang.
• Mesin santan bersama daun pandan kemudian tapis.
• Masukkan tepung ke dalam adunan telur dan santan.
• Masukkan sedikit garam. Kacau hingga rata.
• Panaskan acuan yang disapu minyak dalam ketuhar.
• Tuangkan adunan ke dalam acuan dan taburkan bijan.
• Bakar hingga masak.


Kueh Binka Jagung

Bahan-Bahan
Untuk 20 hidangan

150 g tepung gandum penuh mil
150 g tepung gandum
120 g gula pasir
2 biji telur besar
I tin jagung berkrim
350 ml susu rendah lemak
1 sdt baking powder
1 sdt vanila esen

Cara Cara
• Pukul telur dengan gula. Masukkan sedikit demi sedikit jagung, tepung gandum penuh
• mil, tepung gandum dan susu rendah lemak.
• Masukkan ke dalam acuan.
• Bakar di dalam ketuhar selama 30 minit dengan suhu 180 C.
• Potong selepas disejukkan.


Kuih Epok-Epok Su`un Dari Makkah

Bahan-Bahan
Untuk kulitnya:
150 g tepung gandum
50 g tepung gandum penuh
100 ml air suam panas
1/2 sdt garam
40 ml marjerin lembut (dicairkan)

Untuk intinya:
10 g isi ayam dibuang kulitnya (dihiris)
1 bungkus su`un (direndam)
1/2 sdt lada putih serbuk
1/2 sdt garam
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
5 biji bawang kecil (dikisar)
3 biji bawang putih (dikisar)
5 g lobak merah parut kasar
2 pokok daun bawang besar cina
(dipotong sepanjang 1 inci)
1 1/2 sdm minyak kacang soya
(untuk menumis)
200 ml minyak kacang soya
(untuk menggoreng epok-epok)

Cara Cara
• Tumis bawang kecil, bawang putih, lada putih, garam dan isi ayam.
• Masukkan daun bawang cina, lobak merah, parut dan kacau hingga sebati.
• Masukkan su`un dan tutup api.
• Akhir sekali, masukkan bawang besar.

Untuk kulitnya:
• Masukkan marjerin ke dalam tepung gandum dan gandum penuh.
• Campurkan air dan kacau hingga sebati.


Kuih Kaswi

Bahan-bahan
150g gula Melaka
75g gula merah
75g gula pasir
200ml air (untuk memasak gula)
1 helai daun pandan
300g tepung beras
2 1/2 sudu makan penuh tepung sagu
1/4 sudu kecil kapur (dicampur dengan sedikit air)
1/4 ssudu kecil garam
250ml air
230g kelapa parut dibuang kulit
1 susu kecil garam (digaul dengan kelapa)

Cara-cara
• Masak gula Melaka, gula merah, gula pasir, air dan daun pandan di dalam sebuah periuk sehingga cair.Kemudian angkat, tapis dan biarkan ia sejuk dahulu.
• Gaul tepung beras, tepung sagu, kapur, garam dan air di dalam sebuah mangkuk lain. Tapis dan isikanke dalam acuan kecil atau loyang kuih dan kukus selama 20 minit sahaja di dalam kukusan yang telahdipanaskan selama 3 minit.


Kuih Lompang

Bahan-bahan
225g gula pasir
250ml air (untuk memasak gula)
1 helai daun pandan
300g tepung beras
2 1/2 sudu makan rata tepung sagu
250ml air
1/4 camcaT. garam
bahan pewarna (3 - 4 warna)
120g kelapa parut dibuang kulit
1 sudu kecil garam (digaul dengan kelapa)

Cara-cara
• Masak gula bersama air dan daun pandan di dalam sebuah periuk sehingga cair.
• Kacau tepung beras bersama tepung sagu, garam dan air di dalam sebuah mangkuk besar, sehingga sebati.Bahagikan adunan cair itu kepada 3 - 4 mangkuk dan titik bahan pewarna pada setiap adunan di mangkuk-mangkukdan kacau hingga rata.
• Panaskan beberapa acuan cawan teh Cina dahulu dan tuang adunan tepung ke dalamnya. Kukus selama 20 minit.



Kuih Nagasari


Bahan-bahan
Setengah bungkus tepung beras
2 cawan air
1 biji kelapa parut (ambil 3.5 cawan santan)
2 helai daun pandan, disimpul
setengah camca teh garam
daun pisang (dilayu dahulu)
8 biji pisang raja dibelah dua memanjang

Cara-cara
• Ayak tepung beras kedalam mangkuk, tuangkan air dan gaulkan adunan hingga sebati.
• Masukkan santan, daun pandan dan garam kedalam periuk dan didihkan perlahan-lahan.
• Campurkan adunan tepung beras tadi kedalam santan dan kacau dengan sudip selama kira-kira5 minit hingga adunan menjadi halus. Angkat dari api.
• Bubuh sebanyak secamca sedang penuh adunan tersebut ditengah daun pisang.
• Ratakan adunan, letakkan sekeping pisang diatas adunan dan bubuh secamca penuh lagi adunan diatasnya.lipat daun pisang dan kukus selama 20 minit.



Kuih Talam Ubi

Bahan-bahan
Untuk Lapisan Bawah:
200 gm gula melaka
200 ml air
800 gm ubi kayu

Untuk Lapisan Atas:
400 ml santan
secubit garam
80 gm tepung gandum
1 sudu makan tepung beras

Cara-cara
• Masak gula melaka dengan air, sejukkan dan tapis.
• Campurkan ubi yang telah diparut dengan air gula melaka. Kukus selama 20 min.
Untuk membuat lapisan atas, satukan santan, garam, tepung gandum dan tepung beras. Setelah sebati, tapis.
• Setelah ubi masak, tuangkan adunan santan tadi diatas ubi itu dan kukus lagi selama 20 min.


Lapis Kacang Hijau

Bahan-bahan
3 cawan gula pasir
6 cawan santan, dari 2 biji kelapa
1 1/2 cawan tepung sagu
3 cawan tepung kacang hijau
Pewarna kuning dan hijau

Cara membuatnya
• Tepung sagu dan tepung kacang hijau dimasukkan ke dalam mangkuk pengadun.
• Masukkan gula dan santan. Kacau semuanya hingga sebati dan hingga gula larut.
• Kemudian tapis bancuhan.
• Bahagi kepada dua, satu diwarnakan kuning dan satu lagi diwarnakan kuning.
• Sediakan loyang yang telah dilenser minyak. Ambil satu senduk adunan kuning dan ratakan ke dalamnya. Kukus selama lima minit.
• Ambil satu senduk adunan hijau dan lapiskan ke atas adunan kuning tadi dan kukus lagi selama lima minit.
• Ulang proses melapis hingga semua adunan habis digunakan. Lapisan terakhir hendaklah dikukus selama sepuluh minit.

Nota:
* Tutup periuk kukus hendaklah dibalut dengan kain supaya wap air tidak jatuh ke atas kuih. Sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan."
Pokok Kelapa
Pokok Kelapa
Pembantu Tadbir

Number of posts : 90
Registration date : 2008-07-14

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty samting new

Post by slumber Fri Sep 12, 2008 12:19 am

hehehe... 1st time masuk forum ni nest gak...
kalo chef yg handle bhgn forum ni cbe try amek resepi kat martha steward ke...
kat asian food (afc) channel ke... What a Face
slumber
slumber
Ahli Baru

Number of posts : 5
Age : 39
Registration date : 2008-09-12

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty samting new

Post by slumber Fri Sep 12, 2008 12:20 am

hehehe... 1st time masuk forum ni best gak...
kalo chef yg handle bhgn forum ni cbe try amek resepi kat martha steward ke...
kat asian food channel (afc)ke... What a Face
slumber
slumber
Ahli Baru

Number of posts : 5
Age : 39
Registration date : 2008-09-12

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty Re: Sedikit resepi Ciplak Part 2

Post by samdol bekbek Sat Sep 13, 2008 10:31 am

MOLEK MOLEK..idea bagus tu....memang nie ruangan chef....
samdol bekbek
samdol bekbek
Pembantu Tadbir

Number of posts : 84
Age : 44
Registration date : 2008-08-12

Back to top Go down

Sedikit resepi Ciplak Part 2 Empty Re: Sedikit resepi Ciplak Part 2

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum